Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 10, 2009

DATUK AJAK TIGA RAKAN ROGOL CUCU...kome layan jap..

**kome..datuk keparat ni..duduk dekat rumah pengasuh anak aku...belakang aje.. aku selalu nampak datuk ni dok melepak kat luar rumah..memang betul2 tak sangka...kan.. dasar keparat..sanggup betul kau... mintak simpang di jauhkan dari anak2 aku...layannn...

TELUK INTAN (Perak): Seorang lelaki yang sudah menjadi datuk menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun pemuas nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.

Warga emas berusia 66 tahun itu juga sanggup mempelawa tiga rakannya, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya, menikmati' tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.

Perbuatan keempat-empat suspek selama hampir tiga minggu itu hanya berakhir apabila seorang jiran menyedari perubahan fizikal dan mental pada mangsa.

Pada mulanya kanak-kanak itu enggan bercerita tetapi selepas dipujuk jiran berkenaan, akhirnya dia mengadu mengalami kesakitan yang amat sangat di kemaluannya.

Terkejut dengan pengakuan itu, jiran berkenaan memujuknya untuk dapatkan rawatan.

Jiran tersebut terkejut melihat kesan luka teruk pada kemaluan mangsa.

Mengesyaki ia disebabkan perbuatan datuk mangsa itu, jiran berkenaan memaklumkannya kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selepas berbincang, JKKK membuat laporan di Balai Polis Langkap pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penolong Pesuruhjaya Goh Kok Liang, berkata seorang warga emas yang juga datuk mangsa, bersama dua lagi lelaki berusia 42 dan 29 tahun ditahan untuk siasatan.

'Seorang lagi suspek berusia 40-an tahun masih diburu polis selepas dipercayai menghilangkan diri apabila mengetahui penahanan tiga suspek terbabit,' katanya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan. -- Harian Metro.

***lepas aje kes tu..aku pesan kat..pengasuh anak aku...tolong laa jgn bagi anak saya main luar sorang2... takut aku...

No comments:

JGN LUPA..TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YE..